Shipping is FREE Malaysia-wide on all orders above RM50
Baju Tanpa Lengan Lelaki: Jangan Sampai Orang Lain Turn Off OK?

Kenal tak ‘bro tank’? Menurut Kamus Urban (Urban Dictionary) bro tank ni ialah baju tanpa lengan untuk lelaki. Sebenarnya bro tank ataupun sleeveless ni memang dah jadi satu staple wardrobe buat penggemar workout dan fitness. Sebabnya ringkas, baju ni sangat selesa dan ‘berangin’ (breathable).

 

Bila korang berpakaian tanpa lengan, korang akan mempamerkan lebih banyak kulit. Jadi sebenarnya ada beberapa gari panduan tak formal bila pakai bro tank ni. Unwritten rules kate orang. Kalau tersilap langkah boleh mendatangkan rasa kurang selesa pada diri sendiri dan orang lain. Paling teruk bila korang buatkan orang lain rasa turn off nak workout.

 

  1. Ukur baju di badan sendiri. Penting untuk korang dapatkan saiz yang betul sebab korang tak nak pakai tank top yang terlalu ketat ataupun terlalu longgar.

 

  1. Jangan tunjukkan lebih banyak kulit daripada kain. Dan armhole (luas lubang lengan) jangan terlalu besar.

 

  1. Jangan ragu untuk pakai warna lain selain hitam, kelabu dan putih. Pereka baju sukan penat bertungkus lumus mencari ilham dan kesesuaian warna untuk pilihan korang. Jadi jangan takut untuk ikut saranan pereka yang mengesyorkan korang menggunakan peluang ni untuk mempelbagaikan gaya warna.

 

  1. Berhati-hati dengan body hair. Dengan pendedahan extra tu, korang mungkin akan tertunjuk body hair yang korang tak patut tunjukkan. Contoh, bulu di bahu, bulu belakang badan korang, chest hair dan tempat-tempat lain. Sesetengah orang di’anugerah’kan dengan bulu yang banyak dan erm..jadi nasihat kami ialah mudah. Rapikan dulu dengan shave atau wax sebelum korang mengenakan bro tank ya?

 

  1. Korang boleh pakai bro tank atau sleeveless ni dalam konteks yang lain selain untuk training atau ke gim sebenarnya. Contohnya kalua korang ke majlis barbeku santai korang boleh je lapiskan dengan sehelai kemeja linen? Yang penting korang tak perlu untuk hadkan penggunaan bro tank ataupun sleeveless ni hanya di gim.

 

Tapi cubalah untuk memilih sleeveless yang dibuat daripada material yang sesuai. Carilah fabrik yang mampu untuk kering dengan cepat dan breathable. Sebab bila pakaian kamu lembab dan lambat kering ni akan mengundang pembiakan bakteria dengan cepat membuat korang berbau. Bakteria melekat di badan geli tak, bro?