Shipping is FREE Malaysia-wide on all orders above RM50
TIPS MEMAKAI SELUAR MAMPATAN

Hai guys!

 

Kalau korang dah bersedia untuk living your best legging life ini antara tips-tips yang boleh korang ambil kira semasa membeli dan panduan untuk pakai compression tu dengan yakin sekali.

 

Mari!

 

Fit Is Key.

Ha..ni benda yang paling penting. Tak ada yang lebih buruk daripada seluar yang sepatutnya ketat dan mampat tapi lembik-lembik dan ada lebihan di sana-sini. Ibarat korang pakai seluar pinjam, cantik tak? Sebenarnya bukan untuk estetik semata, tapi untuk mendapat faedah mampatan. Jadi korang cuba dulu seluar mampatan tu dan pastikan yang korang dapat saiz yang betul. Bukan saiz seluar pinjam ok. Seterusnya!

 

Be Smart.

Baiklah, nak bijak macam mana ye? Bijak untuk memilih baju yang sesuai. Kalau korang sejenis yang tak kisah dan sangat confident in your own skin korang boleh lah main tangkap muat je baju yang korang nak pakai. Tapi kalau korang sejenis yang sedikit self-conscious, sarungkanlah baju yang agak labuh untuk menutup daerah ‘itu’. Ini hanya diambil kira buat korang yang memilih untuk memakai seluar mampatan tanpa shorts ok. kalau korang pilih untuk pakai shorts, sarunglah apa yang berkenan dihati. Dan yang terakhir….

 

Get Better Gear.

Walaupun seluar mampatan ni nampak macam pakaian dalam atau macam base layer tapi ianya bukan ok. Jangan cuba-cuba pakai undergarment korang pulak semata-mata sebab ianya dah nampak macam seluar mampatan. Jangan ok! Melaburlah sikit untuk kualiti dan faedah yang korang akan dapat daripada seluar ni, guys. Dan percayalah, kalau korang ikut tiga tips mudah ni, korang akan lebih yakin semasa memakai seluar mampatan ni and you will convert.

 

Cubalah dan korang akan faham akan apa yang di’hype’kan sangat dan kenapa seluar mampatan ni become a big thing dikalangan gym-bro korang.